English | B.Malaysia
APPLIKASI


©2007-2008 PocketCCTV.com
Pengawalan akses (keluar-masuk) - Applikasi ini bertujuan untuk mengurus aliran akses orang ataupun objek pada sesuatu lokasi. Ia mengintegrasikan sistem pemantauan video digital, radas pengurusan berdasarkan web dan stesen laporan berpusat dalam satu sistem. Klip video boleh dilihat semula berdasarkan masa, alarm atau kejadian 'event'. Dengan integrasi yang sesuai, ia bukan sahaja boleh mengawal trafik tetapi juga boleh mengesan orang ataupun objek. Applikasi ini boleh digunakan di tapak letak kereta, lif, pintu masuk pejabat dan sebagainya.

Solusi Pengenalan Plat Kereta - applikasi ini merupakan satu sistem pengenalan plat lisen kereta secara digital yang menggunakan teknologi A.I. (Artificial Intelligence) rangkaian neuro untuk mengenali plat lisen kenderaan. Solusi ini boleh digunakan untuk pengurusan tapak letak kereta, penguatkuasaan pengutipan tol automatik, pengumpulan statistik trafik, pengawasan sempadan, mencari kereta curian dan sebagainya.
POS/ATM - Sistem cctv POS/ATM-DVR merupakan applikasi yang boleh menyatupadukan video dan data urusniaga demi menyenangkan pengenalpastian sesuatu kejadian urusniaga supaya dapat mengurangkan kerugian dan melindungi harta benda perniagaan. Sistem ini membolehkan anda memantau kawasan pembayaran dari jarak jauh, menggabungkan data urusniaga POS dengan video, merekodkan video untuk pengajian statistik dan boleh disambungkan ke alarm.
Pengiraan orang/kenderaan - applikasi cctv ini membolehkan anda memantau, mengkaji dan menganalisis corak aliran trafik dan bilangan orang dalam pejabat, institusi, pusat membeli-belah, tapak letak kereta, trafik jalan dan sebagainya. Dengan applikasi ini kempen pemasaran, pelan pembangunan dan keputusan tentang pameran produk boleh dibuat berdasarkan fakta dan bukannya ramalan ataupun tekaan. Applikasi ini juga membolehkan anda mendirikan sistem pengira kenderaan automatik di tempat letak kereta, plaza tol, tempat pemeriksaan untuk senaraikan bilangan kenderaan yang melaluinya.

Sistem rumah/pejabat pintar 'smart' - ini merupakan satu applikasi untuk mengintegrasikan sistem pengawasan cctv dengan sistem alarm dan peralatan I/O  dimana membolehkan pengguna memasang/memadam perlengkapan elektrik dan elektronik. Applikasi ini juga membolehkan anda memantau rumah/pejabat anda dari jarak jauh, mengawal sistem alarm dari jarak jauh atau mengunci/membuka pintu laluan tertentu. Cuma imaginasi dan kreativiti boleh menghadkan fungsi dan keupayaan applikasi ini.

  PRODUK