ACCESSORIES GUIDE
Pendawaian
kabel digunakan untuk menghubungkan kamera kepada bekalan elektrik dan DVR. Ada setenggah kamera dilengkapi dengan sistem audio, kabel juga diperlukan untuk kegunaan audio.
Untuk membolehkan isyarat video disampaikan ke DVR, kamera perlu disambungkan dengan menggunakan sejenis kabel coaxial dipanggil RG59 atau RG6. Kabel ini agak sama, tetapi tidak serupa dengan kabel coaxial yang digunakan untuk menyambungkan televisyen dan aerial. Kedua-dua hujung kabel disambungkan ke kamera dan DVR dengan menggunakan penghubung BNC.
Kuasa dibekalkan kepada kamera melalui kabel kuasa 2 teras. Penyambung yang digunakan bergantung kepada soket yang disediakan pada kamera dan terminal pada bekalan kuasa.
Kabel audio, jika perlu, biasanya menggunakan kabel 2 teras mudah yang berasingan dengan RG59 atau RG6 dari kabel cctv.
Kabel coaxial RG59 akan mula hilang isyarat apabila ditarik melebihi 100 meter manakala keadaan ini hanya akan berlaku pada kabel RG6 apabila jaraknya melebihi 200 meter.
Untuk pendawaian video jarak jauh, balun UTP pendawaian pintar 'smart' diperlukan. Sepasang balun diperlukan untuk setiap pemasangan 1 kamera cctv. Kabel CAT5 digunakan untuk menggantikan kabel coaxial untuk sambungan pasangan balun. Satu kabel CAT5 (4 twisted pair) boleh digunakan untuk 4 video (4 kamera).
Sepasang balun pasif dapat memancarkan isyarat video sejauh 500 meter. Satu balun pasif dan satu balun aktif dapat memancarkan isyarat video sejauh 1km. Manakala jarak 1.5km memerlukan sepasang balun aktif.
Bekalan kuasa
kemera perlu dibekalkan dengan kuasa elektrik yang mencukupi (dalam Ampere). Biasanya kamera IR memerlukan Ampere yang lebih tinggi semasa LED infra merah dipasang.
Bekalan kuasa kesinambungan (Uninterrupted Power Supply - UPS) diperlukan untuk DVR dan kamera di kawasan risiko tinggi. Pemakaian kuasa pada DVR dan kamera serta jumlah watt pada UPS akan menentukan tempoh operasi sistem cctv semasa kuasa terputus 'black out'.
Pelindung Litar Lampau elektrik mesti dipasang pada kawasan yang bekalan elektrik tidak stabil dan mudah kena kilat. Terdapat pelbagai jenis pelindung untuk video, kuasa dan litar data.
Monitor
monitor boleh dibahagikan kepada 3 jenis:
Monitor cctv, yang juga dipanggil monitor 'profesional'. Monitor ini disambungkan kepada DVR melalui satu penghubung BNC. Monitor CCTV bersaiz 14" atau 21". Skrin LCD datar (flat screen) bersaiz 15, 17, atau 21 inci. Monitor jenis ini boleh dipasang untuk 24 jam 7 hari tanpa henti.
Monitor televisyen - televisyen boleh digunakan sebagai monitor dan disambungkan ke sistem melalui satu soket AV. Kebanyakan DVR dilengkapi dengan penyambungan jenis ini. Tetapi, jika memilih monitor jenis ini, anda perlu periksa sama ada kedua-dua DVR dan monitor serasi atau tidak.
Monitor standard - biasanya digunakan sebagai monitor komputer dan sambungannya melalui kabel VGA, seperti sambungan komputer. Perlu diperingatkan bahawa bukan semua DVR mempunyai sambungan VGA.
|